AirAsia Mula Penerbangan Ke Hua Hin, Tambang Promosi Serendah RM79 - Cerita | mStar

AirAsia Mula Penerbangan Ke Hua Hin, Tambang Promosi Serendah RM79

Diterbitkan: Rabu, 28 Februari 2018 5:36 PM

Gambar hiasan. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan terus empat kali seminggu dari sini ke Hua Hin, Thailand, pada 18 Mei ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, AirAsia berkata laluan dengan kod penerbangan AK itu adalah yang ketujuh ke Thailand selain menyediakan rangkaian terbesar di ASEAN dan menghubungkan dunia ke kawasan kurang dikunjungi di rantau itu.

Ketua Komersialnya, Spencer Lee berkata syarikat penerbangan itu membawa kira-kira 1.3 juta penumpang dari Kuala Lumpur ke Thailand dan yakin Hua Hin akan muncul sebagai destinasi percutian pilihan terbaharu yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan bagi kedua-dua lokasi tersebut.

"AirAsia pada masa ini mengendalikan 165 penerbangan sehala setiap minggu ke Thailand termasuk Bangkok (80 kali seminggu), Phuket (35 kali seminggu), Krabi (21 kali seminggu), Hat Yai (7 kali seminggu), Chiang Mai (14 kali seminggu), Pattaya  (4 kali seminggu) dan terbaharu Hua Hin," katanya.

Bersempena pelancaran laluan baharu itu, AirAsia kini menawarkan tambang promosi pada harga serendah RM79 untuk penerbangan sehala mulai sekarang sehingga 4 Mac, 2018 merangkumi tempoh perjalanan antara 18 Mei 2018 dan 26 Oktober 2018.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Hua Hin , AirAsia , promosi
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan