Alasan Pelik Hilang Pasport Didedah - Cerita | mStar

Alasan Pelik Hilang Pasport Didedah

Diterbitkan: Sabtu, 20 Januari 2018 10:00 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

HILANG pasport boleh menjadi satu gangguan, mungkin juga masalah besar dan beberapa alasan pelik di sebalik kehilangan dokumen perjalanan terpenting ini telah didedahkan.

Tidak dinafikan pasport yang hilang boleh menimbulkan masalah besar bagi mana-mana pengembara.

Bukan sahaja merumitkan keadaan, harganya juga agak tinggi.

Laman web gov.uk telah mendedahkan beberapa alasan pelik, mungkin juga lucu yang diberikan oleh individu yang melaporkan kehilangan pasport mereka.

Salah satu laporan itu datang dari Brazil, dengan si pengadu mendakwa teksi yang dinaiki telah diserang oleh lelaki bersenjata ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Walaupun ia selalu dicuri di tempat yang anda tidak pernah jangkakan, ada juga yang menyatakan bahawa dompet mereka, yang diletakkan bersama pasport telah dicuri ketika menghadiri majlis kanak-kanak.

Sudah tentu sesetengah alasan tidak boleh diterima dan hanya dilihat sebagai kecuaian atau kebodohan pemegangnya.

Satu alasan lagi adalah pasport dibakar bersama pakaian secara tidak sengaja, sementara ada juga yang memberikan alasan pasport mereka berada dalam poket jaket yang telah disumbangkan kepada gelandangan atau orang susah.

Sesetengah alasan menunjukkan bahawa ia tidak sepatutnya dipercayai atau 'dilayan', seperti seorang bayi membuangnya ke dalam tong sampah atau seorang teman lelaki mabuk telah merosakkannya.

Ketua Eksekutif Perkhidmatan Pengenalan dan Pasport UK Sarah Rapson memberi amaran supaya orang ramai menyimpan pasport di tempat selamat selepas ia digunakan.

"Jangan biarkan ia di dalam poket seluar atau baju yang akan dibasuh".

Dia juga menasihatkan orang ramai supaya menyimpan 'nombor pasport' untuk membantu membuat penggantian lebih cepat.

Menurut gov.uk, hampir 10,000 pasport setahun hilang ketika pemegangnya keluar pada waktu malam apabila ia digunakan sebagai satu bentuk pengenalan. -expressUK

Tags / Kata Kunci: hilang pasport
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan