Gelongsor Air Terpanjang Dunia Bakal Meriahkan Escape - Cerita | mStar
X Close

Gelongsor Air Terpanjang Dunia Bakal Meriahkan Escape

Diterbitkan: Selasa, 19 Disember 2017 11:31 AM

Gelongsor air 'speed racer' di taman tema air Escape di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang satu kilometer (km) dirancang akan dibina di taman tema Escape di Teluk Bahang di sini.

Ia akan membuatkan pencinta aktiviti yang mampu memberikan aliran adrenalin deras menaiki puncak bukit setinggi 420 meter dengan menggunakan lif duduk (chairlift) untuk berada di titik mula gelongsor itu.

"Dari puncak bukit, pengunjung akan menggelongsor ke bawah dan menyeberangi Jalan Teluk Bahang di sebelah jambatan gantung dan berakhir di kolam renang taman tema air kami.

"Puncak bukit juga akan menjadi permulaan bagi gelongsor (ride) yang lain seperti luge (sleds menuruni bukit), zip coasters dan tiub gelongsor," kata pengasas Escape, Sim Choo Kheng.

Sim memberitahu mengenai perancangan itu pada majlis pembukaan rasmi Escape Waterplay pada Sabtu, yang juga merupakan fasa kedua taman tema itu selepas Adventureplay yang dibuka pada 2012.

Taman tema air tersebut mempunyai sebanyak 20 tarikan aktiviti.

Tambahnya, gelongsor air dan tarikan bukit lain yang lain dikenali sebagai Gravityplay dan dijangka dibuka pada Disember tahun depan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memuji Escape kerana berjaya menjadi taman tema terbaik di Malaysia oleh laman penilai percutian antarabangsa, TripAdvisor.

"Jenama taman tema ini dilahirkan di Pulau Pinang dan dicipta oleh orang Pulau Pinang.

"Kami tidak lama lagi akan melihat jenama ini berkembang ke negara lain.

"Saya telah diberitahu bahawa Kumpulan Sim Leisure telah memulakan rundingan untuk mewujudkan taman tema Escape utama di Thailand pula," katanya.

Tags / Kata Kunci: Taman Tema Escape , gelongsor air
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan