10 Negara Pilihan Pelancong Muslim Moden - Cerita | mStar
X Close

10 Negara Pilihan Pelancong Muslim Moden

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

SATU laporan mengenai tabiat dan kecenderungan golongan Muslim moden masa kini menunjukkan rantau Asia menjadi destinasi pelancongan kegemaran mereka.

Berdasarkan laporan terbaharu Master Card-Halal Trip Muslim Millenial Travel Report, Malaysia merupakan pilihan utama mereka diikuti Indonesia dan Jepun.

Seterusnya, negara Thailand menduduki tempat keempat sebagai negara paling dilawati oleh golongan Muslim muda hari ini.

Kedudukan Thailand di tangga keempat memberi gambaran kepada pihak pelancongan negara itu supaya dapat membangunkan lagi tarikan untuk menarik pelancong Muslim.

-fotoBERNAMA

Hal ini berikutan golongan Muslim hari ini lebih gemar berbelanja untuk aktiviti pelancongan berbanding suatu ketika dahulu.

Golongan Muslim juga dijangka akan membelanjakan sebanyak AS$100 bilion (RM411.6 bilion) untuk pelancongan menjelang tahun 2025.

-fotoBERNAMA

Selain mencari lokasi percutian yang menawarkan pengalaman eksotik, laporan itu turut mendedahkan golongan Muslim membuat pilihan percutian berdasarkan kriteria 3A iaitu authentic (asli), affordable (mampu milik) dan accesible (mudah).

Selain itu, aspek makanan halal turut menjadi salah satu minat spesifik mereka.

-fotoAFP

Berikut merupakan senarai 10 destinasi percutian teratas untuk golongan muslim muda berdasarkan laporan itu:

1. Malaysia

2. Indonesia

3. Jepun

4. Thailand

5. Australia

6. Singapura

7. Emirah Arab Bersatu (UAE)

8. United Kingdom

9. Amerika Syarikat

10. India

Tags / Kata Kunci: pelancong Muslim , negara Islam

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan