X Close

Bercuti Sambil Belajar Kung Fu Di Ngong Ping Village!

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 9:20 AM

(Ubah saiz teks)

BERITA baik untuk anda yang bercuti ke Hong Kong pada Oktober ini!

Tidak seperti bulan-bulan biasa, pengunjung yang melancong ke sini dari 1 hingga 31 Oktober 2017 berpeluang melihat aksi kung fu Shaolin sebenar apabila melawat Ngong Ping Village, salah satu lokasi pelancongan wajib kunjung di Hong Kong.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat mempelajari teknik-teknik asas seni mempertahankan diri popular masyarakat Cina ini melalui Bengkel Seni Mempertahankan Diri Shaolin yang ditawarkan secara percuma!

Setiap hari, terdapat tiga pertunjukan kung fu Shaolin menakjubkan yang akan dipersembahkan kepada pelawat.

Anda pasti teruja melihat pengamal-pengamal kung fu Shaolin mempamerkan kemahiran dan ketangkasan mereka mengendalikan senjata berbahaya seperti belati, tombak, pedang, tali dan banyak lagi di depan anda sendiri, bukan di kaca TV!

Malah, anda juga pasti terpana dengan aksi dan kelincahan pengamal kung fu Shaolin muda yang turut membuat persembahan di sini.

Terlanjur ke sini, pastikan anda tidak terlepas sesi ditunggu-tunggu ini yang diadakan tiga kali sehari iaitu pukul 12.45 tengahari, 2.30 petang dan 4 petang.

Setiap persembahan mengambil masa kira-kira 15 minit dan berlangsung di Ngong Ping Village Square.

Paling menarik, pengamal kung fu Shaolin sedia untuk bergambar dengan pengunjung setiap kali sesi berakhir.

Bagi yang ingin belajar kung fu, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di Pusat Informasi 360 Holidays dan anda dinasihatkan supaya melakukannya segera kerana tempat adalah terhad dan penyertaan dibuat berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Bengkel akan diadakan pada jam 3 petang (Isnin - Jumaat)  dan pada pukul 1.15 tengahari dan 3 petang pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan