X Close

Mari Bersantai Di Pesta Pantai Bagan Lalang!

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

GEMARKAN aktiviti santai bersama keluarga tetapi masih tercari-cari lokasi yang sesuai?

Apa kata sertai Pesta Pantai, Bagan Lalang yang akan diadakan hujung minggu ini.

Pesta Pantai merupakan acara tahunan Majlis Perbandaran Sepang dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Bagan Lalang, yang terletak di daerah Sepang.

Yang Dipertua Majlis Perbadaran Sepang, Datuk Puasa Md Taib berkata keindahan, kecantikan dan kebersihan Pantai Bagan Lalang akan terus menjadi teras kekuatan yang menarik kedatangan orang ramai untuk bercuti sekali gus hadir memeriahkan acara dianjurkan di situ.

Susulan itu, katanya, setiap pantai perlu mempunyai acara tersendiri bagi menambah daya tarikan kepada pengunjung untuk datang ke Bagan Lalang.

Datuk Puasa Md Taib

"Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada hari tersebut antaranya, silat pantai antarabangsa, bola sepak pantai, larian berhalangan, tarik tali dan persembahan artis tempatan (Sakura Band).

"Semua acara ini sebenarnya menambah daya tarikan kepada pantai peranginan yang menjadi nadi kekuatan Sepang dalam menarik kedatangan pengunjung dari seluruh negara sejak sekian lama,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pesta Pantai Lalang, boleh hubungi urusetia di talian 03-83190200 dan layari laman Facebook Majlis Perbandaran Sepang/ Pantai Bagan Lalang.

Tags / Kata Kunci: Pesta Pantai , Bagan Lalang , Puasa Md Taib

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan