X Close

Perkampungan Hantu Tarikan Baharu Universal Studio Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 1 September 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAHU alami adrenalin yang menderu dalam pengembaraan menakutkan abad ini? Perasaan menyeramkan bakal menyebulungi pencinta filem seram yang sentiasa berhasrat untuk berjumpa sendiri dengan entiti menakutkan tapi tidak pernah mempunyai peluang itu sebelum ini.

Kini, segalanya boleh direalisasikan melalui kunjungan ke 'Halloween Horror Nights 7' (HHN7) di Universal Studio Singapura. Ini bermakna, penantian anda bakal berakhir.

Empress Qing telah mengumpulkan sendiri tentera 'Terrorcota' demi menjayakan misi pemerintahan yang kejam.

HHN7 menghimpunkan pelbagai 'hantu' di lima buah rumah berpenunggu termasuk dua zon mengejutkan, dua persembahan langsung dan paling mengujakan terdapat juga 'Zombie Laser Tag Experience' yang baharu diperkenalkan.

Pernahkah anda dengar tentang 'Seven Deadly Sins'? Bayangkan apa yang bakal anda alami di HHN7 adalah lebih menyeramkan daripada itu.

Ia dinamakan 'Seven Deadlier Sins' kerana akan membawa tujuh elemen iaitu niat jahat, obsesi, manipulasi, narsisisme, kekejaman, penipuan dan sumbaleweng yang berasal daripada keasyikan manusia terhadap sifat keakuan, kecantikan dan kekuasaan.

Adrenalin bagaikan terhenti tatkala mencuba pengalaman malam HHN7 di Universal Studios.

'Seven Deadlier Sins' diilhamkan oleh tujuh watak ikonik yang dipanggil Sinisters dan akan mula menghantui anda hanya selama 14 malam antara 29 September hingga 29 Oktober depan.

Anda masih belum cukup seram? Cuba pula permainan 'laser tag' menentang zombie dan menyelamatkan diri daripada ditembak pada harga SDD38 (RM119).

Orang ramai yang berminat boleh melayari laman web www.rwsentosa.com untuk sebarang pertanyaan dan membuat tempahan.

Tags / Kata Kunci: 7 Halloween Horror Nights

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan