X Close

Hidangan Barat Harga ‘Kasih Sayang’ Di The Humble Chef

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 9:57 AM

The Humble Chef menawarkan menu serendah RM2.65 hingga RM21.20 satu hidangan.

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ni Cik Dhia teringin sangat nak makan makanan barat, tapi macam kena tunggu masuk gaji baru boleh penuhi hasrat di hati.

Apa tidaknya, seperti yang kita sedia maklum, makanan barat ni boleh tahan harganya. Jadi, perlu bersabar sikitlah tunggu sampai hujung bulan.

Tiba-tiba telefon Cik Dhia berdering. Rupa-rupanya rakan Cik Dhia kongsi gambar spaghetti dan ‘lamb chop’, macam tahu-tahu Cik Dhia tengah ‘mengidam’ makan barat.

“Dhia! Dah pernah cuba makan di The Humble Chef? Semua menu ‘kebabom’ tapi murah je!” tulis rakan Cik Dhia melalui Whatsapp.

“Pucuk dicita, ulam mendatang ni,” getus hati Cik Dhia.

Inilah dia restoran The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Pelanggan lebih ramai mengunjungi The Humble Chef pada sebelah malam.

Esoknya juga Cik Dhia pergi tempat yang dikatakan murah itu. Cik Dhia cari tempat duduk yang mengadap tingkap sebab sambil makan nanti boleh nikmati pemandangan di luar.

Tak lama kemudian ‘pesto lamb’ yang dipesan Cik Dhia pun sampai. Perkara pertama yang terlintas di fikiran Cik Dhia, biar betul harganya cuma RM5.30 sepinggan? Pandangan pertama, nampak sangat menyelerakan!

Suapan pertama? Memang yummylicious habis! Rasanya tidak begitu pedas dan dihidangkan dengan daging kambing hancur serta taburan cendawan yang lembut.

Baguslah chef ni, langsung tak kedekut bahan. Saiz hidangan dan harga sangat berpatutan. Pendek kata, ketika menikmatinya, Cik Dhia dapat rasakan ia dimasak dengan penuh kasih sayang dan paling menarik, harganya pun kasih sayang!

Tak puas makan pesto, cuba pekena ‘omelette lamb’ pula! Daging kambingnya dibungkus cantik dalam telur yang digaul sebati dengan keju. Masih terkenang-kenang rasa daun selasih sampai hari ini.

Pesto lamb ini sesuai dimakan untuk mereka yang tidak gemar hidangan pedas.


Harga bagi ‘omelette lamb’ ini pula cuma RM2.65.

Perut pun dah kenyang, masa untuk berborak dengan pemilik restoran yang secara eksklusif berkongsi ceritanya dengan pembaca setia mStar Online.

Chef Rosman Hussin Rizal, 34, sebenarnya memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan menggunakan di trak makanan.

Namun, permintaan yang menggalakkan membakar semangatnya untuk membuka restoran tapi pada masa yang sama masih boleh menawarkan harga yang sama seperti 10 tahun lalu.

Pertama sekali Cik Dhia tanya apa rahsia beliau mampu kekalkan harga setiap menu sedangkan lokasi dan kedudukan restoran ini sederet dengan restoran yang menawarkan harga hidangan yang premium.

Rosman (dua dari kiri) mempunyai rakan kongsi dah pasukan yang hebat berdiri di sampingnya untuk mengusahakan The Humble Chef.

“Saiz bagi setiap hidangan ditimbang dan tidak berlebihan seperti di luar sana kerana kami tidak mahu pelanggan membazir.

“Biar mereka makan dan rasa berbaloi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan di sini. Hubungan yang baik dengan para pembekal bahan mentah juga memainkan peranan.

“Sebab itulah kami masih boleh jual pada harga murah. Tapi keutamaan kami bukanlah terletak pada harga, kami lebih pentingkan rasa makanan supaya pelanggan yang datang berpuas hati,” jelas pemuda yang pernah berkhidmat sebagai chef selama 10 tahun di hotel lima bintang di ibu negara.

Setakat ini, terdapat 10 menu utama yang ditawarkan di The Humble Chef iaitu spaghetti aglio e olio, carbonara, bolognese dan pesto; laksa goreng; roti pita; sandwich; omelette; lamb chop; ayam goreng; sup cendawan; kepak ayam goreng dan kentang goreng.

Kek keju panas memang betul-betul panas dari oven.


Bila dahaga, Cik Dhia cuba coconut shake pula yang hanya berharga RMRM5.85 segelas. 

Bukan itu sahaja, pencuci mulut di sini juga masuk kategori wajib cuba! Cik Dhia dengar kalau tak cuba kek keju panas The Humble Chef ibarat tak lengkap kunjungan Dhia Datang kali ini.

Rasanya sangat berlemak dan tidak terlalu manis. Baru sekali suapan tapi sudah cair dalam mulut. Perisa sos raspberi yang dihiaskan di bahagian atas kek keju panas ini pula memberikan rasa masam-masam manis.

Alamat:
The Humble Chef,
No. 54, Jalan Medan Setia 2, 
Bukit Damansara, 
50490 Kuala Lumpur.

Waktu operasi:
Setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan