X Close

Terbang Ke Kolkata Dari JB

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 4:59 PM

Kolkata adalah bandar kedua terbesar India selepas New Delhi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia akan memulakan operasi bagi laluan Johor Baharu-Kolkata pada 28 Nov depan, dengan penerbangan terus sebanyak lima kali seminggu.

Laluan itu akan mengembangkan lagi sambungan daripada hab selatan syarikat penerbangan berkenaan, ia menjadi laluan ke-15 dari Johor Baharu dan destinasi antarabangsa keenam dari hab tersebut.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah menjadi rakan kongsi yang utama kepada AirAsia, dan kami amat sukacita dapat memperkenalkan lebih banyak laluan daripada hab Johor Baharu sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan sambungan yang lebih baik kepada para pelanggan dan selanjutnya mengembangkan operasi hab selatan kami," kata Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagi meraikan pengumuman laluan baharu itu, AirAsia menawarkan semua tambang tiket penerbangan daripada RM99 (sehala) sehingga 3 Sept 2017 untuk tempoh perjalanan antara 28 Nov 2017 hingga 28 Ogos 2018.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mengendalikan 150 penerbangan sehala secara mingguan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Baharu.

Selain dari Kolkata, AirAsia juga membuat lima laluan antarabangsa dari Johor Baharu iaitu ke Bangkok, Guangzhou, Ho Chi Ming City, Jakarta dan Surabaya termasuk sembilan laluan domestik seperti ke Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Miri, Tawau, Sibu dan Kota Kinabalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Kolkata

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan