X Close

‘Jom Check-In’ Tawar Hadiah Harian, Tiket Penerbangan

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

BERITA baik untuk semua pembaca mStar Jelajah!

Kami akan menganjurkan peraduan yang membuka peluang untuk anda memenangi hadiah utama berupa dua tiket penerbangan Cathay Dragon dari Kuala Lumpur ke Hong Kong dan 12 hadiah harian menarik bermula 22 Ogos hingga 2 September ini.

Caranya cukup ringkas!

Untuk menang hadiah harian, anda hanya perlu melayari http://peraduan.mstar.com.my/checkin dan log masuk akaun Facebook sah anda.

Kemudian klik atau ‘check in’ imej kotak hadiah pada tarikh berkaitan dan jawab tiga soalan mudah sebelum melengkapkan borang butiran peribadi (sekali sahaja).

Jawapan untuk tiga soalan ini terdapat dalam artikel-artikel pelancongan yang pernah disiarkan di www.mstar.com.my/jelajah.

Apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah melengkapkan cabaran ‘jigsaw puzzle’ sepantas mungkin.

Anda boleh cuba melakukan cabaran ini beberapa kali yang anda suka untuk mendapatkan masa terbaik sebelum butang HANTAR ditekan.

Masa anda akan dipantau dan mata yang anda perolehi akan direkodkan.

Pemenang hadiah harian akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan masa terpantas yang dicatatkan peserta ketika melengkapkan cabaran 'jigsaw puzzle'.

Pemenang hadiah utama pula akan dipilih berdasarkan jumlah mata tertinggi yang berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh peraduan harian berlangsung selama 12 hari.

Untuk mengumpul sebanyak mungkin mata, peserta hanya perlu menjawab dengan tepat peraduan hadiah harian, sekurang-kurangnya selama tiga hari untuk layak menyertai peraduan hadiah utama.

Tetapi diingatkan, lebih kerap anda menjawab soalan harian dalam masa 12 hari dengan tepat, lebih banyak mata akan dikumpulkan dan lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama.

Jika terdapat persamaan mata, peserta perlu melengkapkan cabaran 'jigsaw puzzle' khas sepantas mungkin untuk dipilih sebagai pemenang tiket penerbangan ke Hong Kong.

Jadi bermula 22 Ogos dan hari-hari seterusnya, pastikan anda setia bersama mStar Jelajah dan bersedia untuk menjelajah ke dalam dan luar negeri bersama kami!

Tags / Kata Kunci: peraduan , Jom Check-In , menang tiket

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan