X Close

S.E.A Aquarium Perjuang Nasib Hidupan Marin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Penolong Naib Presiden Tarikan di Resorts World Sentosa, Michelle Choo menyampaikan cek sebanyak 54,000 dollar Singapura kepada Pengarah Eksekutif Zero Waste SG, Eugene Tay yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu Singapura menghapuskan konsep sisa.

(Ubah saiz teks)

S.E.A Aquarium di Resort World Sentosa, Singapura melangkah setapak lagi dalam penyelidikan pemeliharaan alam sekitar dan pada masa sama melakukan pelbagai usaha untuk menarik minat masyarakat.

Intitut itu membentuk satu komuniti yang terdiri daripada beberapa individu dan organisasi untuk melindungi hidupan marin.

Dua penyelam menunjukkan logo institusi baharu, Persatuan S.E.A Aquariums.

Persatuan S.E.A Aquarium akan menyokong penyelidik dan saintis yang didedikasikan untuk meningkatkan pemahaman terhadap laut.

Tawaran itu juga terbuka kepada semua anggota masyarakat termasuklah agensi kerajaan, syarikat korporat, kumpulan tidak berkeuntungan, institusi akademik dan penyelidikan, duta remaja, sukarelawan dan penggiat hidupan marin.

Seksyen Laut Terbuka di S.E.A Aquariums. - We Know Your Dreams

Mereka akan menumpukan perhatian terhadap kaedah menangani masalah utama seperti pencemaran plastik di lautan, makanan laut mampan dan tindakan iklim untuk Asia Tenggara dan Australasia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Di S.E.A Aquarium terdapat beberapa tarikan seperti seksyen Selat Karimata dan Laut Jawa, Selat Melaka dan Laut Andaman, Teluk Bengal dan Laut Laccadive serta pengembaraan laut.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman sebenar di seksyen Laut Terbuka untuk melihat hidupan laut seperti jerung harimau bintang, ikan kerapu gergasi dan ikan pari.


Tags / Kata Kunci: S.E.A Aquarium

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan