X Close

Percutian 'Pulang Ke Desa' Di Eight Acres

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PERCUTIAN di pantai untuk lari dari hiruk-pikuk kota mungkin sudah biasa atau membosankan.

Usah gusar kerana ketenangan yang anda cari sebenarnya tidak hanya terletak di pulau atau pantai, sebaliknya mampu dinikmati dengan kembali ke ‘pangkuan’ desa dan alam menghijau.

Eight Acres yang terletak di Raub, Pahang adalah satu pilihan tepat untuk warga kota, khususnya bagi percutian singkat pada hujung minggu.

Mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan dari ibu kota, destinasi ini nyata menawarkan kehijauan alam yang didambakan, lengkap dengan elemen semulajadi seperti air terjun bersih dan jernih, udara segar, bunyian unggas dan haiwan serta warna-warni flora.

Debaran sebelum menjejakkan kaki ke kawasan percutian eko-pelancongan ini dapat dirasai awal-awal lagi apabila anda perlu melewati lorong kecil dikelilingi ladang kelapa sawit sepanjang lebih kurang 8km.

Sebaik tiba, anda pasti terpesona melihat keindahan resort ini yang terletak di kawasan yang belum dicemari dan dijaga rapi oleh pemiliknya.

Melihat resort bersama desiran angin desa di sini yang mendamaikan akan membuatkan anda asyik, sekali gus terus terlupa terus akan kesibukan atau tekanan kerja di kota.

Istimewanya Eight Acres, ia sesuai untuk sesiapa sahaja, tak kira tua atau muda, berkumpulan bersama rakan-rakan atau seisi keluarga.

Dengan pilihan rumah berbeza konsep seperti Cascada, Mulberry Place, Java House, Hill View House dan The Brick House, anda bebas memilih yang mana satu sesuai dengan cita rasa dan saiz kumpulan anda.

Cascada

Cascada terletak dekat dengan air terjun dan boleh memuatkan sehingga lima tetamu, manakala Mulberry Place pula dibina dengan tema chalet ala-Inggeris di lokasi lebih privasi, dikelilingi pokok Mulberry.

Mulberry Place

The Brick House pula unik kerana ia adalah sebuah rumah besar dengan bilik pelbagai tema dan dekorasi kreatif seperti perpustakaan, hostel ‘backpackers’ dan banyak lagi.

Di sini, terdapat ruang terbuka dengan hamparan tikar tatami Jepun untuk tetamu bersantai, melakukan aktiviti indoor dan mengadakan perbincangan berkumpulan. Tidak dilupakan ruang makan dan rehat yang luas dan selesa.

Di bahagian luar The Brick House, selain dikelilingi hutan hijau, anda ‘dihidangkan’ dengan kolam dihiasi pokok teratai.

Java House

Untuk anda yang datang berkeluarga, Java House adalah pilihan paling sesuai!

Boleh memuatkan sehingga lapan tetamu, struktur binaan berkonsepkan villa ini dibawakan dari Bali, Indonesia, menawarkan pemandangan keseluruhan Eight Acres apabila anda berdiri di berandanya. Ia juga terletak dekat dengan air terjun.

Tentang makan, usah bimbang kerana tukang masak di sini semuanya berpengalaman dan resort ini turut menyediakan makanan halal.

Uniknya di sini, dapat dikatakan hampir setiap aktiviti menghubungkan manusia dan alam seperti memancing, mandi-manda, berrbasikal, memberi makan itik, ayam atau angsa dapat dilakukan tanpa gangguan.

Andai bernasib baik, anda berpeluang menikmati buah-buahan tempatan telah masak yang pokoknya ditanam di sini.

Secara tak langsung, percutian ini akan membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak dan mengimbau suasana di kampung halaman yang kini jarang-jarang dapat dinikmati lagi.

Keseronokan berada di sini bagai tiada penghujung!

Selepas bermesra dengan alam, rugi jika anda tidak melakukan aktiviti riadah yang disediakan seperti flying fox, memanah dan 'abseilling' yang biasanya menjadi aktiviti wajib bagi program hari keluarga atau 'team building'.

Bagaimanapun bayaran tambahan akan dikenakan untuk aktiviti tersebut tetapi ia sudah pasti berbaloi dengan pengalaman yang anda perolehi.

Apa yang pasti, pengurus dan pekerja di sini juga baik-baik belaka, mesra dan bersedia membantu tetamu mereka. -eightacres.net

Tags / Kata Kunci: Eight Acres , eko-pelancongan , Raub

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan