X Close

'Capati 6 Lauk', Sekali Rasa Dah 'Terangkat'!

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PERJALANAN Dhia Datang... mencari sarapan pada pagi ini memang sungguh mencabar!

Tapi demi nak mencuba keenakan capati yang selalu sangat disebut-sebut kawan Cik Dhia, gigih jugalah meredah hujan dan kesesakan jalan raya.

Belum pun sempat Cik Dhia parkir kereta, nampak macam sudah ramai pelanggan memenuhi Kedai MakCik Capati yang terletak di Sekyen 8, Shah Alam.

Beginilah sibuknya gerai MakCik Capati setiap hari. - Facebook

Tanpa menunggu lama, Cik Dhia terus memesan capati dan secawan teh tarik. Tak lama kemudian capati bersama kuah dhal dan kari pun tiba.

Tiba-tiba Cik Dhia terpandang pelanggan meja sebelah makan capati siap dengan lauk-pauk penuh atas meja. Memang meriah meja dia!

"Tak boleh jadi ni, aku pun nak juga," bisik hati Cik Dhia.

Cik Dhia pun terus bangun ke ruang lauk-pauk. Di situ Cik Dhia pesan kari ikan dan kari ayam, sama macam pelanggan meja sebelah Cik Dhia makan.

Capati di sini memang sungguh lembut kerana diuli dan dibiarkan semalaman sebelum dicanai. 

Baru suapan pertama, dah boleh cakap rasanya memang 'terangkat'. Lebih-lebih lagi bila dinikmati ketika cuaca sejuk.

Cik Dhia cubit isi ikan, kemudian cubit pula isi ayam sebelum capati yang lembut tu dicicah dalam kuahnya. Cukup sempurna rasanya!

Apa yang boleh Cik Dhia kata, sekeping capati memang tak cukup kalau datang ke sini.

Sementara tunggu capati bawang putih yang Cik Dhia pesan sampai, Cik Dhia terus dapatkan MakCik Capati untuk ceritakan keistimewaan kedai yang sudah 23 tahun beroperasi ini.

Pemilik, Zainab Abu Bakar, 66, berkata dia mengusahakan gerai itu bersama suaminya Mohammed Omar, 68 sejak 1994.

"Di sini, ada enam lauk utama yang menjadi kegemaran pelanggan iaitu kari ikan kembung, kari ayam, kari kambing, sambal sardin, kurma daging dan kobis masak telur.

"Selain setiap pelanggan diberi kuah kari dan dhal, mereka biasanya akan pesan lauk tambahan yang mereka suka seperti sardin atau kari kambing," katanya.

Menurut Zainab, harga bagi setiap menu adalah antara RM4.80 hingga RM13.50 semangkuk, manakala harga sekeping capati pula cuma RM1.80.

Mohammed menguli sebanyak 7kg tepung atta sehari untuk menghasilkan capati.


Tengoklah pakcik ni senyum sampai telinga selepas pekena capati dan kari ikan kembung.

Selain menjadi pilihan orang ramai, Cik Dhia tengok golongan VIP dan selebriti terkenal air juga pernah singgah di sini.

Oh ya, bagi yang tak makan capati atau kurang gemar dengan menu ini, jangan risau sebab menu sarapan pagi lain pun ada dijual di sini.

Alamat:

Kedai MakCik Capati,
Seksyen 8, 
40000 Shah Alam, 
Selangor.

Waktu operasi:
Setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 2 petang kecuali Jumaat hingga 12.30 tengah hari.


Tags / Kata Kunci: Kedai MakCik Capati

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan