X Close

Lokasi Terbaik Lihat Matahari Terbenam Di Bali

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 10:00 AM

-fotoTripAdvisor

(Ubah saiz teks)

ANDAI pergi bercuti ke Bali, Indonesia tidak lengkap rasanya percutian itu jika anda pulang tanpa melihat pemandangan matahari terbenam.

Pulau Bali yang sering jadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia sememangnya mempunyai banyak tarikan termasuklah pemandangannya yang indah, sejarah serta seni dan budayanya yang unik.

Bagi yang sedang merancang dan mahu terbang ke Bali tidak lama lagi, di sini disertakan beberapa lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam yang keindahannya sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Tanah Lot


-fotoGoAsean

Kawasan pelancongan yang terletak di bahagian barat daya Pulau Bali.

Terdapat sebuah kuil yang dibina di atas sebuah karang raksasa dan digunakan oleh penganut agama Hindu di Bali untuk bersembahyang.

Perjalanan menuju ke Tanah Lot, pasti tidak membosankan kerana anda akan melewati banyak kawasan sawah yang menghijau.

Bagi mendapatkan pemandangan matahari terbenam terbaik anda disarankan tiba sebelum pukul 6.30 petang untuk menikmati setiap saat sebelum terbenamnya matahari.

Uluwatu


Tempat pelancongan unik dengan kuil Uluwatu di Pecatu yang terletak di tepi tebing tinggi membolehkan anda melihat pemandangan laut luas.

Di sini juga anda boleh menyaksikan persembahan tarian popular Bali, tarian Kecak yang dipersembahkan pada waktu senja dengan latar belakang matahari terbenam.

Bagi menghormati kuil ini, pengunjung wajib memakai kain sarung dan berjalan kaki dari pintu masuk menuju ke kuil.

Sepanjang perjalanan, anda bukan sahaja dihidangkan dengan lautan luas dari kawasan tinggi, tetapi juga disambut dengan kehadiran monyet-monyet liar.

Disebabkan lokasi ini adalah salah sebuah lokasi terbaik kawasan terbenam matahari, bayaran masuk dikenakan.

Pantai Kuta


-fotoAFP

Terletak di Kuta, kawasan paling menjadi tumpuan pelancong apabila ke Bali.

Di sini akan akan melihat matahari terbenam dalam suasana yang meriah disebabkan lokasinya pantainya yang sentiasa penuh dengan pelancong.

Pantai Tegal Wangi, Jimbaran


-seleznevdima

Tidak ramai pelancong tahu tentang lokasi ini, mungkin disebabkan akses jalan yang tidak semudah lokasi popular lain. Tidak hairanlah ia dipanggil Jimbaran Hidden Beach.

Sebenarnya pantai ini amat romantis untuk dikunjungi pasangan yang sedang bercinta atau sedang berbulan madu.

Ia juga menjadi pilihan jurugambar dan bakal pengantin untuk penggambaran pra-perkahwinan bukan sahaja kerana keindahan matahari terbenam tetapi juga keindahan alam semulajadinya.

Pantai Kelan, Jimbaran


-foto BaliTravelShop

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Ngurah Rai, justeru pengunjung dapat melihat pesawat berlepas dan mendarat dengan latar belakang matahari terbenam.

Oh ya jika anda ke sini jangan lupa untuk menikmati makanan laut segar dan jagung bakar yang dijual di tepi pantai.

Ayana Rock Bar, Jimbaran


Sesuai untuk mereka yang suka lepak dan makan-makan bersama rakan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di Hotel Ayana, Jimbaran.

Terletak di atas tebing tinggi yang menghadap lautan luas.

Pantai Kayu Putih Canggu


-cumilebay

Satu lagi lokasi romantis untuk melihat matahari terbenam.

Di sini boleh bergambar sepuas-puasnya di jambatan kayu putih ikonik yang menghubungkan pantai Kayu Putih Canggu dengan restoran La Laguna.

Pantai Balangan


-watersportbali

Uniknya pantai Balangan kerana bahagian tepi pantai dipenuhi deretan pokok kelapa.

Pantai ini sangat popular untuk majlis perkahwinan atau makan malam.

Pantai Mesari, Seminyak (Pantai Double Six)

Salah satu kawasan pantai pasir putih yang paling 'happening' menjelang senja. Nama lain dari pantai Mesari adalah pantai Double Six.

La Planca Beach Restaurant menyediakan tempat duduk tepi pantai yang berwarna-warni. Tetapi, anda digalakkan membawa bajet lebih untuk lepak di sini.

Pantai Amed

Pantai dengan pasir hitam yang memiliki kekayaan dasar laut terbaik di Bali.

Satu-satunya pantai di mana anda boleh melakukan aktiviti pantai seperti menyelam dan snorkeling sebelum menikmati indahnya matahari terbenam dari atas bukit Amed.

-sumber Internet

Tags / Kata Kunci: matahari terbenam , Bali

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan