X Close

Enam Lokasi Terbaik Tengok Hujan Meteor

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fenomena hujan meteor Perseid yang biasanya berlaku setiap tahun umumnya boleh dilihat di mana-mana lokasi yang gelap.

Waktu puncak untuk melihat pemandangan mengagumkan itu adalah Ahad ini pada pukul 1.30 pagi.

Tahun lepas, terdapat percikan 150 hingga 200 meteor dilihat dalam masa satu jam, bagaimanapun bulan mengambang hujung minggu ini mungkin menyebabkan ia sukar dilihat.

Berikut adalah enam tempat yang sering menjadi tumpuan untuk melihat dan merakam keindahan fenomena alam itu:

1) Tanjung Simpang Mengayau

Terletak di hujung paling akhir pulau Borneo iaitu di daerah Kudat, Sabah. Ia kelihatan sangat menakjubkan pada waktu malam kerana langit yang jelas terbentang dan suasana pantai yang gelap.

2) Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson

Perkampungan nelayan ini, mempunyai dua jeti iaitu jeti kayu dan konkrit. Ia sesuai untuk bersantai sambil memerhatikan meteor. 

3) Cameron Highlands

Destinasi pelancongan ini adalah salah satu lokasi yang sempurna kerana ia mempunyai langit malam yang tidak terlalu cerah. Pengunjung boleh melihat pertunjukan semulajadi itu di jalan yang gelap menghala ke ladang teh.

4) Pantai Malindo, Pulau Pinang

Perkampungan nelayan ini terletak berdekatan Sungai Burong, Balik Pulau, dan tentunya penduduk setempat boleh membantu pengunjung untuk menunjuk arah laluan ke pantai berkenaan.

5) Pulau Tioman, Mersing

Terdapat banyak penginapan di Kampung Lalang dan Kampung Genting. Harga makanannya juga berpatutan. Pantai yang gelap terletak berdekatan dengan tempat penginapan dan ini memudahkan anda melihat hujan meteor.

6) Kuala Selangor, Selangor

Pantai Remis dan Pantai Redang Sekinchan, terletak berdekatan bandar Kuala Selangor dan ia adalah dua lokasi yang dekat dengan Lembah Klang, sekali gus sesuai dikunjungi untuk menyaksikan fenomena alam itu.


Tags / Kata Kunci: meteor , hujan meteor

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan