X Close

Jom Menang Tiket Pesta Muzik ‘World Club Dome Korea 2017’

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 9:30 AM

BigCityBeats World Club Dome, merupakan acara muzik tarian elektronik (EDM) antarabangsa yang akan diadakan buat pertama kali di Asia pada 22 hingga 24 September ini. -foto WCDK

(Ubah saiz teks)

PEMINAT muzik tarian elektronik (EDM) akan menyaksikan satu sejarah tercipta apabila pesta muzik tahunan terbesar di Frankfurt, Jerman, BigCityBeats World Club Dome’ (WCD) buat pertama kali akan berlangsung di Korea Selatan.

World Club Dome Korea 2017 (WCDK 2017), yang amat dinantikan ramai, khususnya oleh penggemar muzik kelab, muzik elektrik dan muzik tarian di Asia ini akan berlangsung di Stadium Munhak, Incheon selama tiga hari berturut-turut bermula 22 September ini.

DJ dan artis EDM antarabangsa seperti Afrojack, Armin van Buuren, DJ Snake, Dimitri Vegas & Like Mike, Don Diablo, Le Shuuk, Marshmello dan Steve Aoki adalah antara mereka yang akan menggegarkan acara ini di 20 pentas disediakan dan dijangka menjadi sebuah pesta muzik yang mencipta pengalaman muzik kelab terbaik buat tetamunya.

Tidak ketinggalan, DJ nombor 1 dunia dan pemenang tiga kali MTV European Music Award – Martin Garrix yang akan berada di pentas pada 24 September.

Stadium Munhak, lokasi di mana bola sepak Piala Dunia 2002 diadakan terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan akan memudahkan peminat yang datang dari luar Korea Selatan.

Mempunyai akses lebuhraya dan subway, venue dengan kapasiti 50,000 pengunjung ini juga bakal menarik minat lebih ramai peserta dengan lokasinya yang dekat dengan Seoul, ibu kota Korea Selatan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERITA BAIK buat yang tertunggu-tunggu acara ini diadakan di rantau Asia, anda kini berpeluang menang tiket WCDK 2017 dengan hanya menjawab dua soalan mudah di bawah.

1 - Namakan stadium di mana WCDK 2017 akan diadakan.

2 - Namakan dua DJ yang akan mengadakan persembahan di WCDK 2017

Pemenang akan menerima:

WCDK 2017 Fun Starter Kits bernilai RM 798 untuk 2 orang

WCDK 2017 Fun Level Up bernilai RM 1,398 untuk 2 orang

Bagi yang telah membeli tiket masuk ke WCDK 2017 dari ejen tiket rasmi di Malaysia iaitu TribaEast Travel Sdn Bhd, anda berpeluang menang telefon bimbit Samsung S8 dengan cara menunjukkan bukti pembelian dan jawab soalan di bawah:

SOALAN: Siapakah ejen tiket rasmi di Malaysia bagi WCDK 2017?

Langkah untuk menghantar jawapan:

1- Klik emoticon 'Suka' di bawah

2- Masukkan jawapan anda di ruang komen yang disediakan. Masukkan nama & nombor telefon

3- Tekan ‘Hantar’

Pemenang akan diumumkan pada 15 September.

Tags / Kata Kunci: WCDK 2017 , World Club Dome , muzik EDM

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan