X Close

Pengalaman Musim Panas Terbaik Di Ocean Park HK

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUSIM panas ini apa kata anda sekeluarga menghabiskan masa percutian di Hong Kong dengan berkunjung ke Ocean Park yang membawakan acara Ocean Park Summer Splash 2017.

Sempena ulang tahun ke-40 taman tema ini, acara ini pasti meriangkan kerana pada waktu inilah anda berpeluang bermain dengan air dan mengasah kemahiran membina arca pasir di zon DIY Sandbox.

Lebih mengujakan Ocean Park Summer Splash turut membawakan pengukir arca pasir antarabangsa, Ray Villafane dan pasukannya yang membuat arca pasir gergasi setinggi enam meter di Applause Pavillion.

Selain itu, bermain bersama itik kuning ikonik, LT Ducks di Whiskers Harbour turut menghiburkan!

Di sini anda pasti tersenyum sebaik sahaja melihat 6,500 itik getah comel terapung di atas kolam di Whiskers Harbour, Waterfront.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga boleh bermain dengan itik kuning yang lebih besar menggunakan alat kawalan jauh.

Oh ya, sebelum pulang, jangan lupa membeli cenderahati itik kuning untuk dijadikan kenang-kenangan atau dihadiahkan kepada kawan-kawan.

Musim panas juga tidak akan bermakna jika anda tidak basah! Jadi, raikanlah musim ini dengan bermain air di zon Mega Gush, zon Wild Foam dan Super Spray Tunnel!

Selepas itu jangan lupa bermain permainan pemantul boleh kembung (inflatable bouncer) yang riang dan mencabar.

Bagi pelancong Muslim, tak perlu risau tentang makanan.

Terdapat dua restoran menjual makanan halal di taman tema ini iaitu Panda Café Food To Go (Amazing Asian Animals) dan Dive Into A Float (Marine World).

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan