X Close

Tips Jimat Poket Bila Melancong

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 10:00 AM

Melancong bukan sekadar melihat negara orang, tetapi harus bijak berbelanja agar tidak berlaku pembaziran. - Instagram/My Travel Chapter

(Ubah saiz teks)

PERCUTIAN sememangnya menyeronokkan apabila ia dapat dinikmati tanpa perlu memikirkan sebarang masalah.

Bayangkan anda sedang menikmati percutian di pulau yang indah di Bora Bora sambil menjamu mata dengan air lagun yang berwarna firus. Semua hidupan laut seperti ikan yu, ikan pari dan yu berenang bebas dalam air laut yang jernih. Pastinya mengasyikkan.

Bagaimana pula dengan dengan pemandangan luar biasa di lembah coklat keemasan Antelope Canyon? Keunikan bentuk muka bumi ngarai di Navajo, barat Amerika Syarikat itu sungguh 'berseni' sehingga dianggap antara 30 destinasi terbaik di dunia.

Jika duit simpanan sudah dileburkan pada tiket penerbangan, pasti ada cara untuk melancong tapi dalam masa yang sama masih boleh berjimat, bukan?

Blogger bebas, Christine Johnsone berkongsi 15 tips kaedah menjimatkan wang ketika bercuti.

1) Cari aktiviti yang boleh dilakukan dengan percuma

Contoh: Kemasukan percuma ke Muzium Sejarah Hong Kong. - 10 Best

2) Cari tempat penginapan yang memiliki dapur untuk sediakan sarapan mahupun makanan tengah hari. Lebih jimat lagi, jika anda memasak untuk makan malam

Contoh: Kediaman yang dilengkapi peralatan dapur dan mudah ditempah di laman Airbnb. - Regenade Travels, Berlin

3) Berbelanja di pasar atau kedai tempatan kerana biasanya harga barang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding restoran

Contoh: Pasaraya tempatan yang boleh dilawati di Amsterdam.

4) Cari tempat penginapan yang berhampiran dengan pelbagai destinasi menarik supaya anda dapat kurangkan kos pengangkutan

Contoh: Pusat bandar Seoul sering menjadi tumpuan pelancong asing. - PC Wall Art

5) Bawa snek dan minuman semasa keluar melawat tempat yang ingin dituju

Contoh: Nampak membebankan tapi sangat menjimatkan anda. - Baby To Boomer

6) Cari kad pelancongan bandar untuk dapatkan tiket percuma atau diskaun di restoran mahupun kedai-kedai

Contoh: Kebanyakan bandar utama dunia ada menawarkan kad pelancongan bandar untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. - Veltra

7) Tidak perlu bayar lebih untuk bilik yang mahal kerana anda akan lebih banyak habiskan masa di luar

Contoh: Sekali sekala apa salahnya mencuba penginapan ala hostel. - Travel All Together

8) Sediakan senarai perbelanjaan yang perlu dan cuba tepatinya!

Contoh: Perancangan sebelum perjalanan bukan sahaja menjimatkan wang malah juga masa. - Pinterest

Tags / Kata Kunci: Jelajah

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan