X Close

Pesta Lumpur Boryeoung Tarik Pelancong Antarabangsa

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 4:54 PM

Gambar hiasan daripada K-Pop House.

(Ubah saiz teks)

DALAM banyak-banyak festival yang ada di Korea, Festival Lumpur Boryeong menarik jumlah pelancong antarabangsa paling ramai.

Sepanjang tempoh festival berlangsung, pengunjung mencuba pengalaman bermandi lumpur seperti bergusti, menggelongsor dan juga berenang dalam tempat mandian lumpur gergasi.

Bagi mereka yang rasa bertenaga boleh mencuba program latihan lupur marin, sementara mereka yang sekadar mahu bersantai boleh bermain di zon urutan berlumpur.

Pada sebelah petang, muzik dan bunga api menghiasi aktiviti dan parti yang diadakan di kawasan pantai.

Alamat:

123, Meodeu-ro, 
Boryeong-si, 
Chungcheongnam-do,
Korea Selatan

Telefon: +82-2-1330

Yuran untuk pas satu hari 
Dewasa - RM37
Remaja - RM30
Kumpulan - RM33
Keluarga - RM26
Warga emas (65 tahun keatas)/ Bayi (bawah 3 tahun)/ orang kelainan upaya dan seorang penjaga - Percuma

Pengangkutan
Bas
Dari Terminal Bas Seoul Central City, naik bas ekspres ke Boryeong (보령)
Dari Terminal Bas Boryeong, naik bas ke Pantai Daecheon (selang 10 minit)

atau

Dari Stesen Yongsan atau Stesen Yeongdeungpo, naik kereta api ke Stesen Daecheon.
Dari Stesen Daecheon, naik bas ke Pantai Daecheon.

Sumber: Visit KoreaBoryeong menarik jumlah pelancong antarabangsa paling ramai.

Tags / Kata Kunci: Festival Lumpur Boryeong

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan