X Close

Jom Kenali 'Santorini of Korea'

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 12:10 PM

-foto Internet

(Ubah saiz teks)

LOKASI ini (Gamcheon Culture Village Busan) merupakan kawasan setinggan bekas pelarian perang Korea.

Rumah-rumah di sini bersaiz kecil, agak tersusun dan mempunyai kira-kira 10,000 penghuni.

Terletak di tepi laut  dengan rumah binaan rumah di sepanjang lereng gunung.

Setiap rumah hanya dipisahkan dengan lorong pejalan kaki.

Terdapat sebanyak 148 anak tangga di sini dan lokasi ini amat ceria dengan rumah dan bangunan pelbagai warna. Tidak hairanlah ia digelar 'Santorini of Korea'.

Selain itu, ia turut digelar, The Santorini of the East.

Untuk tiba di sini menaiki keretapi, anda boleh turun di stesen Toseong, sebelum berjalan kaki ke stesen bas mini untuk naik ke kaki gunung perkampungan.

Lawatan ke sini dapat dihabiskan dalam masa kira-kira dua jam, tetapi masa yang lama mungkin diperlukan bagi mereka yang 'gila bergambar'.

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan