X Close

Jom Teroka Jung-gu Dalam Masa Satu Hari

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 9:30 AM

Salah sebuah buku yang terdapat di Bookstore Alley.

(Ubah saiz teks)

JUNG-gu yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul dan di utara Sungai Hangang menjadi pusat tumpuan politik, ekonomi, budaya dan laluan kereta api yang cukup terkenal di Korea.

Jung-gu pada asalnya dipanggil Jung-Gu Yeokso ketika Seoul mula-mula dibahagikan kepada beberapa daerah pada 1943 sehinggalah ia ditukar kepada Jung-gu pada 1946.

Bagi yang merancang terbang ke Korea dan berminat berkunjung ke destinasi yang menampilan budaya moden, Jung-gu adalah satu pilihan tepat.

Jom semak apa yang akan anda dapat lakukan jika berpeluang meneroka Jung-gu dalam masa sehari?

10 pagi: Platform Seni dan Muzium Sastera Moden Korea

Saksikan pelbagai pameran kesenian dalam suasana penempatan Jepun kuno pada sebelah pagi untuk mengelakkan kesesakan.

Jika berkesempatan, lawati juga Muzium Pelabuhan Terbuka Incheon dan Muzium Seni Bina Moden Pelabuhan Terbuka Incheon yang terletak bersebelahan blok.

12 tengah hari: Chinatown

Terdapat pelbagai pilihan restoran makanan Cina untuk dinikmati oleh para pelancong.

1.30 tengah hari: Hongyemun


Tangga yang menghubungkan anda ke Jayu Park, merentasi Lorong Lukisan di Tembok Chinatown. Terdapat banyak kafe yang boleh disinggah untuk menikmati kopi Korea dan rehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya.

3 petang: Baedari Village

Anda boleh sampai ke Baedari Village sekiranya anda berjalan menuju ke Stesen Dongincheon dari Hongyemun tadi. Selepas mengunjungi kedai-kedai buku yang terdapat di Lorong Buku, jangan lupa untuk singgah ke Space Beam. Anda dapat melihat sendiri karya seni dan sejarah berkaitan kampung ini.

5 petang: Pasar Antarabangsa Sinpo


Teruskan perjalanan hingga ke Sinpo-dong untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran segar daripada orang Jepun, China dan negara Barat yang menetap di kawasan ini.

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan