X Close

5 Restoran Halal Disyorkan Di Hong Kong

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

BERCADANG ke Hong Kong? Maklumat ini mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu anda.

Aladin Mess

Pergi ke pintu masuk berdekatan Times Square, jalan beberapa langkah melepasi kedai rawatan kuku dan anda akan nampak ruang besar dengan makanan yang tidak dinafikan kesedapannya. Restoran di tingkat dua ini sangat terkenal pada waktu makan tengahari dengan hidangan menu set tengahari seperti kari kambing, dua roti nan yang dimasak sempurna dan teh ais lemon dengan harga HK$48 (RM26.39) serta pelayan restoran yang mesra. Hidangan enak lain termasuk kari ayam madras dan ayam panggang tikka. Jangan lupa jus mangga lassi yang melengkapkan hidangan.

Alamat: 2/F, 60 Russell Street, Causeway Bay. Tel: 2808 0250

Ma’s Restaurant

Restoran di Sham Shui Po ini, yang juga mempunyai cawangan utama di Prince Edward, menyediakan kari ayam, daging dan kambing yang menyelerakan. Tidak dilupakan juga hidangan terkenal mereka, 'pancake' daging. Jika anda suka masakan pedas, anda boleh cuba ayam Sichuan. Pekerja restoran juga mesra, tetapi jika anda duduk berdekatan dapur, ia mungkin agak bising.

Alamat: G/F,  21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po. Tel: 2398 8019

Wai Kee

Jika anda mencari tempat makan yang murah, lazat dan tidak kisah dengan suasana yang sibuk, datanglah ke sini dan nikmati dua hidangan terkenal di Wai Kee iatu kambing yang direneh dalam sos kari pedas (nikmati dengan nasi putih dan minta mereka letak kentang panggang) dan itik panggang dengan kulitnya yang rangup.

Alamat: Shop 5, 1/F, 2/F Bowrington Road Market, 21 Bowrington Road, Wan Chai. Tel: 2476 7885

Shaffi's Indian Restaurant


Restoran Shaffi, yang dihias biasa tetapi sangat sibuk, menyediakan banyak menu daging dan vegetarian. Walaupun meja-meja sering dipenuhi pelanggan, tetapi pilihan menunya yang banyak sangat menakjubkan. Cubalah baigan masala- terung panggang yang dimasak dengan bawang dan tomato. Ayam pakora juga sangat sedap. Restoran ini sesuai untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan.

Alamat: 14 Fau Tsoi Street, Yuen Long. Tel: 2476 7885

Islamic Centre Canteen


Restoran ini berada di dalam salah sebuah daripada lima masjid di bandar. Oleh itu, sila berpakaian sopan. Anda boleh menikmati dim sum halal yang merupakan makanan terkenal di sini kerana merupakan satu-satunya tempat makan di Hong Kong yang menyediakan hidangan halal Kantonis. Dumpling udang kukus juga harus dicuba. Sila ambil perhatian: dim sum hanya dihidangkan pada waktu makan tengahari, tetapi hidangan Kantonis yang lain boleh dinikmati ketika makan malam.

Alamat: 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai. Tel: 2834 8211

Tags / Kata Kunci: melancong Hong Kong , halal Hong Kong

Cari Pakej

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan