X Close

Pohon Raksasa Sambut Tamu Jatim Park

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 5:10 PM

Jatim Park 1 merupakan salah satu tarikan utama di Jatim Park.

(Ubah saiz teks)

MELIHAT pokok gergasi di depan mata, menjadikan pengunjung berasa kerdil seperti dalam salah satu babak filem fantasi ‘Alice In Wonderland’.

Namun selepas diamati, baru disedari ia sebenarnya adalah Pohon Inn, sebuah hotel yang terletak berhampiran taman tema dan ilmu di Kota Wisata Batu, kira-kira 100 kilometer dari Surabaya.

Hotel dalam pohon raksasa ini bagaikan menyambut tetamu dengan keunikan tersendiri, selain menyediakan kemudahan penginapan berkonsepkan flora dan fauna.

Hotel dalam pohon raksasa.

Tetamu juga dapat merasai pengalaman berbeza di ‘Jungle Restaurant’ dengan lantai berputar 360 darjah, membuatkan pengunjung menikmati hidangan di dalam ‘hutan’.

Bayangkan menikmati sarapan pagi sambil ditemani jaguar dan harimau bintang dengan bunyi-bunyi alam dan lagu tradisional yang mendamaikan.

Pasti ada yang tertanya-tanya memandangkan orang kita sering disajikan dengan keindahan pantai, gunung, pulau malah syurga membeli-belah di Indonesia.

Pemandangan indah Gunung Arjuna dari balkoni bilik di Hotel Pohon Inn. 

Malah ada yang terpinga-pinga jika menyebut taman tema sebagai pilihan destinasi percutian menerusi penerbangan terus ke Surabaya.

Berada di peta Jawa Timur di republik itu, ia bukan sekadar hiburan kerana apa yang ditawarkan lebih daripada itu buat seisi keluarga.

Jawa Timur Park atau lebih dikenali sebagai Jatim Park merupakan tarikan utama, dan ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2.

Superman Coaster bakal menguji deras adrenalin anda di Jatim Park 1.

Jatim Park 1 merupakan taman yang bertemakan budaya Jawa Timur di kawasan seluas 11 hektar.

Menjadi ikon di Jawa Timur, Jatim Park 1 menghimpunkan lebih 60 permainan untuk hiburan dan keriangan dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Bagi menguji deras adrenalin, pelbagai jenis ‘roller coaster’ menjadi taruhan, dan di sini juga terdapat banyak tarikan lain termasuk taman air dan rekreasi.

Salah satu permainan di Batu Night Spectacular.

Walaupun jauh dari bingit dan kesibukan bandar, Kota Batu terus menawarkan hiburan di taman tema malam Batu Night Spectacular (BNS).

Tarikan utama di BNS adalah taman romantis yang dipenuhi lampu dan tanglung bergemerlapan, dengan pelbagai bentuk dan rekaan tersendiri.

Banyak lagi tarikan di Jatim Park seperti Museum Tubuh, Batu Secret Zoo, Eco Green Park, Museum Angkut, Museum Satwa dan Predator Fun Park.

Lampu dan tanglung bergemerlapan di Batu Night Spectacular.

Syarikat pengembaraan dan pelancongan Sri Sutra Travel menyediakan pelbagai pakej menarik buat seisi keluarga, berkumpulan mahupun pelajar untuk ke Jatim Park.

Dari serendah RM1,199 seorang termasuk tiket penerbangan, boleh layari portal kembara sehenti di www.sutra.my bagi mendapatkan maklumat mengenai pakej menarik.

Menerusi pakej Jatim Park selama empat hari dan tiga malam, pelepasan bagi kumpulan pertama pada 26 November ini.

Tags / Kata Kunci: Jatim Park

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan