Hati berbunga, Johan As'ari 'main cinta' dengan pengembala lembu? - Zoom | mStar

Hati berbunga, Johan As'ari 'main cinta' dengan pengembala lembu?

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2018 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Johan As'ari mengakui sedang melalui fasa bahagia bersama seorang gadis yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun Johan, 31, berkata mereka masih saling kenal-mengenal dan enggan gopoh dalam menentukan hala tuju hubungan itu.

Adakah ini gadis yang dimaksudkan?

"Kami belum bercinta namun sedang berkawan baik. Saya bersyukur kalau dia jodoh saya.

"Namun kini memang saya sedang bahagia, berkawan dengannya membuatkan saya lebih bahagia.

"Lebih membuatkan saya tertarik dengan wanita itu ialah dia seorang penternak lembu,” kata Johan kepada mStar Online.

Johan As'ari dedah hati sedang berbunga

Johan ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tujuh yang bakal menemui penonton 8 November ini.

Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Johan berkata dia enggan menjaja kisah hubungan itu bagi menghormati hak peribadi gadis berkenaan.

"Saya mengambil iktibar daripada kisah percintaan saya yang terdahulu.

"Namun apa yang boleh dikatakan sekarang saya seronok berkawan dengan gadis tersebut," tambah Johan.

Tags / Kata Kunci: johan as'ari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan