#Bizibody: Bercuti ke Phuket, peminat sangka Cik Piah nak tambah anak! - Zoom | mStar

#Bizibody: Bercuti ke Phuket, peminat sangka Cik Piah nak tambah anak!

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2018 11:49 AM

(Ubah saiz teks)

FOTO percutian bersama suami baru-baru ini mengundang usikan nakal pengikut di laman sosial yang menyangka penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar sedang berbulan madu bagi menambah cahaya mata ketiga.

Bagaimanapun, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah menjelaskan itu hanyalah percutian singkat bagi melepaskan tekanan kerja.

"Janganlah pandai-pandai cakap tambah anak, kami pergi sana sebab nak berseronok. Iyelah, sesekali perlu bercuti sebab asyik bekerja.

"Pergi bercuti bukan sebab nak buat anak, dekat rumah pun boleh.

"Anak pertama dan kedua saya rapat usianya, nanti kena kecam dengan netizen pula, kalau boleh tiga tahun lagi baru nak tambah lain," katanya kepada mStar Online.

Feeya ditemui semasa sesi rakaman program Bizibody di konti Suria FM di Petaling Jaya, Selangor.

Feeya dan suami, Nurashid Wahab berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua putera bernama Adam Malique yang kini berusia dua tahun dan Nuh Aryyan, 11 bulan.

Suara Cik Piah boleh didengari menerusi segmen Gaya Suria setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Tonton video Bizibody yang disediakan mStar Online ini.

Tags / Kata Kunci: Feeya Iskandar , Suria FM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan