“Takkan la Scha dan Awal nak cemarkan 'market' sendiri” – Scha jawab isu kasut 'fufu' - Zoom | mStar

“Takkan la Scha dan Awal nak cemarkan 'market' sendiri” – Scha jawab isu kasut 'fufu'

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2018 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Scha Alyahya menegaskan isu mengenakan kasut sukan (sneakers) tiruan yang terpalit kepadanya dan suami yang juga pengacara terkenal iaitu Awal Ashaari beberapa mingggu lalu adalah sekadar cara untuk sesetengah individu tidak bertanggungjawab menarik pengikut di laman sosial.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata pemilik akaun yang sering mengeluarkan dakwaan sedemikian sebenarnya sedar dia dan suami diberi kelebihan oleh jenama pakaian sukan terkenal tersebut namun sengaja menimbulkan kekecohan sedemikian.

Posting yang menjadi perbalahan ramai

“Itu semua adalah publicity stunt kerana saya tahu mereka sedar saya dan Awal adalah key opinion leader kepada jenama Adidas Malaysia dimana kami sentiasa diberi keutamaan untuk mempromosikan barangan jenama terkenal tersebut.

“Awal memang marah bila perkara ini terjadi, dia sangat bersifat protective terhadap saya dan itu menyebabkan dia bersuara sedemikian,” katanya kepada mStar Online.


Awal menunjukkan resit bukti pembelian selepas teruk dikecam

Scha ditemui di set pengambaran drama web series lakonannya, Dua arahan pengarah Michael Ang.

Pelakon filem Awan Dania the Movie ini turut mendedahkan reputasi baik dia dan Awal sedikit tercalar selepas isu tersebut melanda.

Pasangan bahagia Awal Ashaari dan Scha Alyahya

“Sedikit sebanyak ia menjejaskan reputasi baik saya dan suami kerana kami bersusah payah menjaga imej dan penampilan malah ada beberapa jenama yang kami perlu jaga nama baiknya.

“Sekarang ini kemana sahaja saya dan suami pergi pasti akan ada yang melontarkan perkataan 'fufu' kepada Awal, namun tidak pasti apakah maksud sebenar mereka sama ada memerli atau ada niat lain,” tambah Scha.

Tags / Kata Kunci: scha alyahya , awal ashaari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan