Awas! Minggu depan Mya Ruslee nak 'kapak' atas pentas! - Zoom | mStar

Awas! Minggu depan Mya Ruslee nak 'kapak' atas pentas!

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Mya Ruslee mendedahkan dia masih tidak berpuas hati dengan mutu persembahannya pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 5(GV5) meskipun mendapat pujian daripada juri.

Mya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee berkata demikian selepas merasakan dua lagu yang diterima sebelum ini agak sukar untuk dibawakan kerana tidak pernah berpeluang untuk menyampaikan lagu bergenre terbabit.

“Tidak, saya masih belum berpuas hati kerana lagu ini saya tidak pernah bawa lagu ini (I Have Nothing nyanyian Whitney Houston) di mana-mana persembahan namun saya mengerti dengan tema minggu iaitu 'lain macam' yang cuba membawa kami keluar daripada zon selesa.

“Sebenarnya saya amat risau untuk menyanyikan lagu ini sehinggakan semasa sesi raptai di siang hari saya gagal menyanyi dengan baik, situasi tersebut membuat saya rasa down,” katanya kepada mStar Online.


Persembahan Mya mendapat pujian juri

Penyanyi yang terkenal dengan single Matahari ini ditemui semasa sidang media konsert GV5 yang berlangsung pada Ahad.

Dalam pada itu Mya mendedahkan dia tidak terlalu memikirkan kedudukan yang meletakkkan dia di kedudukan keempat tercorot kerana lebih memfokuskan untuk membuka mata segelintir pihak yang mempertikaikan penyertaannya di dalam program hiburan terkenal itu.

Mya mahu buka mata pengkritiknya

“Saya tidak harapkan rangking sebenarnya, saya sangat fokus kepada persembahan dan mahu membuktikan kepada kata-kata negatif diluar sana yang sebelum ini mempersoalkan kredibiliti saya untuk menyertai GV.

“Dan sehingga minggu ketiga ini, saya lega apabila dapat membuktikan yang saya masih boleh menyanyi dengan baik biarpun diberi tugasan untuk menyanyi pelbagai genre berbeza,” tambah Mya.

Tags / Kata Kunci: mya ruslee , gv5
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan