Kalau artis tarik diri bertanding anugerah, peminat tak ada fungsi - Zizan - Zoom | mStar

Kalau artis tarik diri bertanding anugerah, peminat tak ada fungsi - Zizan

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2018 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak berkata dia tidak bercadang untuk menarik diri daripada bertanding dalam mana-mana anugerah berasaskan populariti hasil undian peminat.

Menurut Zizan atau Mohammad Razizan Abdul Razak, majlis anugerah seperti itu memberi peluang kepada peminat untuk mengambil bahagian bagi menyatakan sokongan mereka menerusi undian.

Zizan bersama trofi kemenangannya

"Saya tidak boleh menyekat rezeki Allah, kenapa perlu tarik diri? Kepuasan anugerah ini adalah untuk peminat yang mengundi. Jadi kenapa perlu hampakan hati mereka sedangkan saya masih boleh bertanding?

"Kerjaya ini perlu seimbang. Artis perlu ada bakat dan peminat perlu kuat barulah boleh menang.

"Kalau artis tarik diri, peminat nak pergi mana, mereka nak buat apa, apa tugas mereka? Tidak akan ada kepuasan jika itu berlaku," katanya.

Pelakon filem Polis Evo ini sekali lagi dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) baru-baru ini.

Saat manis menjulang anugerah kategori Artis Komedi Popular

Ini adalah anugerah ketiga yang diterimanya dalam kategori tersebut.

Sebelum ini penyanyi lagu Kau Takkan Tahu ini menerima anugerah sama pada tahu 2010 dan 2017.

Tags / Kata Kunci: zizan razak , abpbh31
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan