"DM saya kalau ada yang 'tolak' barang, siap la lu bro!" - Afdlin Shauki jejak pencuri aksesori motor - Zoom | mStar

"DM saya kalau ada yang 'tolak' barang, siap la lu bro!" - Afdlin Shauki jejak pencuri aksesori motor

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2018 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

SELEBRITI terkenal Datuk Afdlin Shauki kerugian ribuan ringgit apabila sistem brek motosikal jenama Ducati miliknya lesap semasa ia dipakir bangunan pejabatnya.

Afdlin menerusi laman Instagram memberitahu beliau hanya menyedari kejadian tersebut selepas pulang dari menonton persembahan konsert di ibu kota.

“Bukan sahaja brek, cermin pandang sisi turut dicuri,” katanya.

Keadaan tayar hadapan motosikal milik Afdlin yang tidak mempunyai sistem brek

Afdlin juga membuat laporan polis mengenai insiden tersebut di Balai Polis Wangsa Maju.

Selain itu Afdlin, 47, juga menyeru agar orang ramai menghubunginya jika mengenai ada individu yang ingin menjual set terpakai sistem brek berkenaan.

Sistem lengkap brek motosikal Ducati Diavel

“Motosikal jenis ini pun tidak ramai pemilik di Malaysia, jadi saya akan buat laporan polis dengan segera,” tambah Afdlin.

Sistem penuh brek yang hilang termasuklah clutch lever, brake lever, brake caliper, servo dan braided cable.

Tags / Kata Kunci: afdlin shauki , ducati
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan