“Joget sakan atas pentas tidak dirancang” - Syafiq Farhain - Zoom | mStar

“Joget sakan atas pentas tidak dirancang” - Syafiq Farhain

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2018 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan aksi jogetnya yang mendapat pujian juri di malam separuh akhir program Big Stage langsung tidak dirancang dan hanya dilakukan mengikut gerak hati.

Syafiq, 24, mendapat markah tertinggi daripada juri profesional pada malam tersebut iaitu sebanyak 89.50 peratus.

"Yang membantu saya mendapat tempat pertama malam ini ialah persembahan duet bersama Hazama.

"Bak kata Faizal tahir, tarian saya 'keras' namun saya 'enjoy' dengan persembahan tersebut," katanya kepada mStar Online.


Duet bersama Hazama mendapat pujian barisan juri

Penyanyi yang terkenal dengan single Sayang Maafkan Aku ini menyampaikan lagu Joget Angan Tak Sudah nyanyian asal Jay Jay dan Kau Lupa Janji nyanyian asal Jamal Abdillah.

Syafiq turut menjelaskan cuma beberapa aksi pada malam tersebut yang dirancang antaranya menaiki basikal di atas pentas.

"Tarian saya langsung tidak dirancang, cuma aksi menaiki basikal dan joget bersama yang telah kami 'plan' bersama.

"Selebihnya hanya 'belasah' semata-mata, apa yang saya fikir ketika itu hanyalah untuk menghabiskan persembahan tersebut," tambah Syafiq.

Syafiq Farhain bersama barisan finalis Big Stage

Peringkat akhir program itu akan berlangsung pada 23 September di Auditorium MBSA.

Tags / Kata Kunci: syafiq farhain , big stage , hazama
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan