Fazura ke New York, Fattah Amin sambut hari lahir bawah pokok - Zoom | mStar

Fazura ke New York, Fattah Amin sambut hari lahir bawah pokok

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

KISAH pasangan merpati dua sejoli pelakon Fattah Amin dan Fazura sering mendapat perhatian peminat di media sosial.

Terbaharu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin 'menjentik' hati netizen dengan beberapa posting di Instagram sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin yang ke-28.

Bapa Fazura meninggal dunia pada tarikh sama 18 tahun lalu

Dalam masa sama pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini turut meluahkan rasa sedih tatkala mengenang arwah bapanya yang meninggal dunia pada tarikh sama, 18 tahun lalu.

“Saya kehilangan bapa tercinta 18 tahun lalu pada tarikh ini iaitu 14 September.

“Namun Allah menghantar dia, insan yang sentiasa mewarnai dunia dengan kebaikannya,” tulis Fazura di Instagram.

Ucapan manis Fazura buat Fattah

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Fazura kini difahamkan berada di New York atas urusan kerja.

Tags / Kata Kunci: fazura , fattah amin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan