Syafiq Kyle, Hanna Delisha gaduh? Pengarah tak setuju hal peribadi jadi bahan publisiti - Zoom | mStar

Syafiq Kyle, Hanna Delisha gaduh? Pengarah tak setuju hal peribadi jadi bahan publisiti

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2018 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

PENGARAH yang terkenal dengan karya 'air mata' iaitu Osman Ali membidas dakwaan kedua-dua bintang utama dalam filem Langsuir arahannya bersikap tidak profesional hingga menjejaskan promosi filem tersebut di beberapa lokasi minggu lalu.

Osman diminta mengulas dakwaan beberapa individu mengenai sikap pelakon Syafiq Kyle dan Hannah Delisha yang dikatakan 'tidak sebulu' sehingga mengecewakan peminat yang hadir untuk beramah mesra dengan mereka pada sesi jelajah filem tersebut.

“Bukan Syafiq sengaja tidak hadir, dia ada pengambaran untuk sebuah telefilem. Namun di lokasi lain pada hari berikutnya dia hadir.

“Saya tidak mampu kawal setiap pergerakan pelakon namun bersyukur apabila mereka dapat memberikan komitmen bagi menjayakan siri jelajah ini, katanya kepada mStar Online.


Hannah Delisha dan Syafiq Kyle hadir pada malam gala filem Langsuir

Osman ditemui pada tayangan perdana filem Langsuir yang diadakan di MM Cineplex eCurve pada Rabu malam.

Pengarah filem box office Ombak Rindu ini juga menyangkal kononnya Syafiq dan Hanna mempunyai masalah peribadi.

Osman Ali cuba lari daripada genre romantik

Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, Langsuir turut dibintangi Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.

Filem romantik seram ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 September depan.

Tags / Kata Kunci: osman ali , hannah delisha , syafiq kyle
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan