Adegan rogol langsuir dalam belukar cabar Firdaus Nadxaman - Zoom | mStar

Adegan rogol langsuir dalam belukar cabar Firdaus Nadxaman

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2018 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Firdaus Nadxaman mengakui watak antagonis menerusi filem Langsuir benar-benar mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

Firdaus, 29, berkata dia bersetuju untuk membawakan watak seorang lelaki miang yang suka memainkan perasaan wanita selepas pengarah Osman Ali menyatakan hasrat untuk mengembangkan karakternya.

"Sebagai penerbit, pada mulanya saya hanya bersetuju untuk membawa watak kecil dalam Langsuir. Namun Osman Ali bertanya sama ada saya boleh memainkan peranan yang lebih sebagai pelakon.

"Sebagai seorang yang sukakan cabaran, saya terima kerana ia adalah watak antagonis termasuk adalah aksi rogol," katanya kepada mStar Online.

Salah satu adegan dalam filem Langsuir

Langsuir membariskan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai tonggak utama.

Firdaus pernah membintangi beberapa filem arahan Osman Ali antaranya Pinjamkan Hati, Sinaran dan Jwanita.

Filem romantik seram Langsuir bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 September depan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan