'Cinta monyet' vokalis Nastia bawa ke jenjang pelamin - Zoom | mStar

'Cinta monyet' vokalis Nastia bawa ke jenjang pelamin

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

VOKALIS kumpulan Nastia iaitu Azman selamat menjadi suami kepada wanita pilihannya, Fatin Inani dalam sebuah majlis ringkas di Pulau Pinang pada pagi Rabu.

Azman atau Nur Azman Azhari berkata, dia sudah mengenali isterinya itu sejak 14 tahun lalu.

“Saya sudah mengenali Fatin ketika zaman persekolahan lagi, namun biasalah 'cinta monyet' kami tidak berkekalan.

“Bagaimanapun Allah telah tentukan jodoh kami. Cinta kami kembali bertaut beberapa bulan lalu dan terus membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada mStar Online.


Azman (Nastia) Mengenali isterinya sejak 14 tahun lalu.

Selain itu vokalis kumpulan yang terkenal dengan lagu Rapuh ini menjelaskan dia tidak berniat untuk merahsiakan pernikahannya kerana ia diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Azman dan pasangannya selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi Rabu.

Tags / Kata Kunci: nastia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan