Oh Nabila! Sudahlah cantik, pandai pula kemas dapur - Zoom | mStar

Oh Nabila! Sudahlah cantik, pandai pula kemas dapur

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

USAHA membudayakan amalan kitar semula seharusnya bermula di rumah.

Seperti pelakon Nabila Razali, dia mengakui sudah terbiasa dengan amalan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kami sekeluarga akan asingkan sisa makanan dan bahan yang boleh di kitar semula.

"Barang-barang seperti botol plastik, tin, kaca dan kertas akan disimpan dalam bekas khas sebelum dihantar ke pusat pengumpulan barangan kitar semula berdekatan," katanya.

Nabila ditemui semasa sesi rakaman segmen Bizibody di kediamannya baru-baru ini bagi menyokong kempen kitar semula yang digerakkan rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC).

Sehubungan itu GSC memulakan kempen kitar semula bagi menggalakkan pengunjung membuang botol plastik yang digunakan ke dalam tong jingga yang disediakan di premis mereka.


Nabila berharap masyarakat mula sedar mengenai kepentingan kitar semula.

Ia sekaligus dapat memupuk budaya meninggalkan sampah di tempat duduk selepas menonton wayang.

Sementara itu penyanyi lagu Pematah Hati ini berkata kesedaran untuk mengamalkan kitar semula timbul apabila dia terbaca berita mengenai pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan.

Ujarnya, sebagai penduduk bumi yang prihatin, dia perlu melakukan sesuatu bagi mengurangkan pencemaran yang akan memberikan kesan jangka panjang kepada bumi.

“Saya terkejut apabila membaca berita mengenai pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pelupusan sampah tidak terurus.

“Mungkin apa yang kami lakukan ini nampak kecil tapi ia sedikit sebanyak dapat memulihara alam sekitar yang semakin tercemar,” katanya.

Cerita Nabila lagi, dia juga sentiasa membawa beg kitar semula ketika keluar beli-belah.

“Dengan cara ini kita dapat elak penggunaan beg plastik. Guna beg kitar semula lagi jimat.

“Saya juga bawa botol air sendiri. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan penggunaan botol dan cawan plastik,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nabila Razali , Kitar Semula
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan