Bakat dah tak laku, Munir kecewa stesen TV pilih 'artis Instagram' - Zoom | mStar

Bakat dah tak laku, Munir kecewa stesen TV pilih 'artis Instagram'

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2018 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS ahli kumpulan Phyne Ballerz iaitu Munir meluahkan kekecewaannya apabila bakatnya sudah tidak dihargai stesen televisyen tempatan.

Menurut Munir atau Abdul Munir Awang, kehadiran ramai pelakon baharu yang lebih menonjol di media sosial menjadi penghalang baginya untuk meneruskan karier dalam bidang seni.

“Ramai tanya kenapa saya tidak aktif berlakon dan menyanyi. Tapi bagaimana nak aktif kalau produksi tak panggil berlakon.

“Sejujurnya sudah tujuh bulan saya tidak menerima tawaran melainkan jemputan menjadi pengacara majlis-majlis kecil," katanya kepada mStar Online.

Munir sewaktu bersama Phyne Ballerz

Tambah Munir, perkembangan teknologi juga membuatkan dia lebih ketinggalan.

"Dulu kami dinilai berdasarkan bakat, tapi kini stesen TV nilai artis mengikut jumlah pengikut Instagram.

"Jadi kalau boleh stesen TV pandanglah bakat kami artis-artis lama ni," katanya.

Tags / Kata Kunci: munir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan