"Tak perlu jual nasi lemak tepi jalan untuk raih simpati" - Pelawak komen nasib kurang 'job' - Zoom | mStar

"Tak perlu jual nasi lemak tepi jalan untuk raih simpati" - Pelawak komen nasib kurang 'job'

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2018 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

JUARA program Raja Lawak musim kelima, Man berkata pendapatannya sebagai pelawak dan pengacara majlis-majlis tertutup cukup untuk menampung kehidupannya seharian.

Mengakui semakin kurang menerima jemputan bagi menjayakan program televisyen, Man bagaimanapun bersyukur dengan rezeki yang diterimanya.

Man masih menerima tawaran mengacarakan majlis tertutup

"Sekarang ini amat kurang permintaan untuk program televisyen, kali terakhir melakukan pengambaran pun sekitar Januari lalu.

"Saya lebih banyak duduk di rumah berbanding berlakon, ujarnya kepada mStar Online.

Man, 40, ditemui ketika sidang media Larian Merdeka 2018 pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: man raja lawak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan