"Jangan melebih, jaga keturunan kau!" - Beego tegas tolak LGBT - Zoom | mStar

"Jangan melebih, jaga keturunan kau!" - Beego tegas tolak LGBT

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2018 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Beego mempertahankan pendiriannya menolak amalan songsang membabitkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, dia sedar isu berkenaan adalah sangat sensitif namun golongan berkenaan faham mengapa orang ramai menentangnya.

Bagaimanapun Beego, 37, sedikit terkilan apabila ada pihak yang cuba mengaitkan pendiriannya itu dengan keluarganya.

“Minta maaf cakap, dalam keluarga saya tiada seorang pun macam tu (LGBT). Kita perlu jaga susur galur (keturuan) keluarga daripada awal.

“Isu LGBT ini adalah pilihan seseorang itu...kita kena kembali kepada fitrah manusia," katanya kepada mStar Online.

Beego Lantang bersuara isu LGBT

Bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz itu ditemui ketika sidang media Larian Merdeka 2018 pada Rabu.

Sementara itu Beego turut berkongsi berita gembira apabila isterinya, Linda Hashim kini hamil anak ketiga mereka.

Pasangan itu sudah memiliki dua cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 4, dan Anggun Cassandra yang kini berusia 3 tahun.

Tags / Kata Kunci: beego
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan