Kalau jalan cerita bagus, tak perlu fikir bab untung - Syamsul Yusof yakin orang terima Munafik 2 - Zoom | mStar

Kalau jalan cerita bagus, tak perlu fikir bab untung - Syamsul Yusof yakin orang terima Munafik 2

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2018 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Syamsul Yusof mengakui tidak terkesan dengan jumlah kutipan pecah panggung filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid menjelang tayangan filem arahannya Munafik 2 yang akan menemui penonton 30 Ogos ini.

Menurutnya, walaupun filem komedi dilihat berjaya menarik ramai penonton ke panggung, namun Syamsul yakin Munafik 2 menjanjikan sesuatu yang berbeza untuk peminat filem tempatan.

“Penonton kini semakin bijak, penggiat filem perlu mencipta trend mereka sendiri.

“Semasa Hantu Kak Limah ditayangkan, sudah lama filem komedi tidak mendapat kutipan sebegitu,” ujarnya kepada mStar Online.


Salah satu babak dalam Munafik 2

Untuk rekod, Hantu Kak Limah yang mula ditayangkan pada 9 Ogos lalu sudah memperoleh kutipan sebanyak RM32.5 juta.

Selain Syamsul, filem ini turut dibintangi Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Datuk Rahim Razali, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Tags / Kata Kunci: syamsul yusof , munafik , munafik 2
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan