Betul ke peminat Masdo menjengkelkan? Netizen bandingkan dengan Hujan - Zoom | mStar

Betul ke peminat Masdo menjengkelkan? Netizen bandingkan dengan Hujan

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2018 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KETIKA Kugiran Masdo semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar, timbul pula beberapa isu yang tidak sedap di dengar membabitkan band berkenaan.

Menerusi beberapa twit di Twitter, ada segelintir pihak yang melahirkan kekecewaan terhadap peminat kumpulan berkenaan yang disifatkan terlalu menjengkelkan.

Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan nama Masdo dalam industri hiburan.

Bagaimanapun menurut vokalis Masdo, Ali Sariah, perkara berkenaan diluar kawalan mereka.

“Kami sudah memberi tutorial kepada peminat cara untuk berhibur semasa menonton persembahan kami, jadi saya anggap tanggungjawab kami sebagai band sudah selesai.

“Kalau mereka nak riot, kami tidak dapat berbuat apa kerana itulah kebiasaan di sesebuah konsert,” kata Ali kepada mStar Online.

Mereka ditemui semasa majlis sidang media konsert Hujan X Masdo yang bakal berlangsung pada 6 Oktober ini di Maeps Serdang.

Tags / Kata Kunci: masdo , hujan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan