Dalam hati hanya fikir mati, mati - Pelakon kongsi pengalaman gempa Lombok - Zoom | mStar

Dalam hati hanya fikir mati, mati - Pelakon kongsi pengalaman gempa Lombok

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2018 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON baharu, Adam Shadan berkongsi pengalaman mencemaskan ketika berdepan bencana gempa bumi di Lombok, Indonesia, Sabtu lalu.

Menurut Adam, semasa hari kejadian, dia bersama lima orang sahabat berada di sebuah restoran berdekatan pantai.

"Masa tu tengah menunggu hidangan makan malam.

"Tiba-tiba lampu terpadam dan terasa gegaran yang sangat kuat.

"Kami yang berada di situ tak fikir apa dah, masing-masing cari jalan untuk keluar daripada bangunan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Adam (tengah) bersama empat orang sahabat bercuti di Lombok.

Pertama kali berdepan dengan gempa bumi, Adam berkata dia hanya berserah jika nyawanya dijemput malam itu.

"Malam itu saya hanya fikir mati, rasa macam memang akan mati.

"Tak ada orang yang tolong dan masing-masing kelam-kabut nak selamatkan diri.

"Bagaimanapun, Alhamdullilah kami berjaya keluar dengan selamat dan pulang ke Malaysia pada Isnin lalu," ujarnya.

Sementara itu, Adam memberitahu, buat masa ini dia masih trauma dan enggan mengunjungi mana-mana pulau.

Tonton video temubual penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Adam Shadan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan