Ngeri! Fieya Julia cerita detik-detik cemas hampir jadi korban - Zoom | mStar

Ngeri! Fieya Julia cerita detik-detik cemas hampir jadi korban

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2018 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI baru Fieya Julia berkata dia hampir menemui ajal apabila tempat tinggalnya musnah dijilat api.

Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 19, berkata kejadian itu berlaku pada pagi Aidilfitri lalu ketika dia sedang tidur.

“Mujurlah saya terjaga daripada tidur, jika tidak... mungin saya sudah menjadi korban kebakaran tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang sedang mempromosikan single pertamanya berjudul Perasaanku itu hadir bagi menjayakan segmen #akustar di Menara Star.

“Saya kehilangan banyak barang istimewa termasuk hadiah daripada peminat.

“Memang sedih, banyak dugaan yang datang ketika saya nak lancarkan single pertama saya," ujarnya lagi.

Fieya mula menyanyi dengan memuat naik video nyanyiannya di Youtube pada tahun 2012, namun sambutan yang kurang mengalakkan menyebabkan dia hampir patah semangat.

Tags / Kata Kunci: fieya julia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan