Rezeki Treehill berkait dengan Akim & The Majistret, 2 BY 2 - Zoom | mStar

Rezeki Treehill berkait dengan Akim & The Majistret, 2 BY 2

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2018 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN yang kini sedang membina nama, Treehill meluahkan rasa lega apabila penubuhan kumpulan mereka sedikit sebanyak mendapat bantuan dan inspirasi daripada kumpulan terkenal Akim & The Majistret.

Lebih menarik, pemain drum kumpulan muda ini merupakan anak kepada penyanyi Zul 2 By 2.

“Ketika itu Zimi sedang merancang untuk menubuhkan kumpulan yang mengetengahkan bakat muda, dan dari situ saya bertemu ahli kumpulan yang lain.

“Ayah saya ialah Zul dari kumpulan 2 By 2, jadi dari situ bermula perancangan Zimy untuk mengembalikan kegemilangan kumpulan muda satu ketika dahulu,” kata Aiman selaku pemain drum kepada mStar Online.

Selain itu Treehilll turut dianggotai Sabran selaku vokalis, Harryparen selaku pemain gitar kedua, dan Arash selaku pemain gitar utama.

Single pertama mereka berjudul Terbang  telah dilancarkan sejak tiga minggu lalu dan sudah mendapat lebih 250,000 kali tontonan.

Tags / Kata Kunci: treehill
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan