"I love you sayang" Ucapan romantik A. Aida buat Ariff Aziz - Zoom | mStar

"I love you sayang" Ucapan romantik A. Aida buat Ariff Aziz

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2018 12:43 AM

(Ubah saiz teks)

PRODUSER terkenal, Datuk A. Aida akhirnya sah bergelar isteri kepada pelakon Ariff Aziz selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga bulan.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah kira-kira pukul 8.55 malam di Hotel Dorsett Grand di sini, malam Sabtu yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat serta media.

A. Aida atau Zaidah Awang, 47, dan Ariff dinikahkan oleh Imam 2 Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Mohammad Imran Nasohah.

Ariff, 29, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Tags / Kata Kunci: a. aida , ariff aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan