Lakon aksi dalam air, Remy Ishak terkenang fobia hampir lemas - Zoom | mStar

Lakon aksi dalam air, Remy Ishak terkenang fobia hampir lemas

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

TRAUMA dengan air kembali menghantui pelakon Remy Ishak ketika menjayakan adegan yang memerlukan dia berenang menerusi filem terbaru lakonannya berjudul Pulang.

Remy Ishak atau Mohammad Zalimei Ishak berkata ketika penggambaran filem tersebut, kenangan pahit berhubung kejadian hampir lemas kira-kira lima tahun lalu menjadi cabaran terbesar dalam menjayakan wataknya.

“Ada babak dalam air yang memerlukan saya menahan nafas dalam jangka masa yang lama.

“Ketika itu saya memang mengalami satu perasaan fobia terhadap air kerana pernah berdepan kejadian hampir lemas ketika membantu seorang individu yang lemas ketika beriadah,” ujarnya kepada mStar Online.

Filem Pulang yang turut dibintangi Puteri Aishah dan Datuk Jalaluddin Hassan akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: remy ishak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan