Haqiem Rusli tak mahu cari musuh, akui lebih tenang - Zoom | mStar

Haqiem Rusli tak mahu cari musuh, akui lebih tenang

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMINGGU selepas mengadakan sidang media mengenai isu depresi dan tekanan, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia kini lebih tenang berdepan kritikan netizen.

Menurut Haqiem, dia tidak mahu lagi memikirkan tentang hal lampau dan dalam usaha menjadi individu yang lebih baik.

"Alhamdulillah selepas sidang media itu saya berasa lega dan lebih tenang.

"Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu depresi.

Haqiem tenang berdepan kritikan.

"Syukur, saya ada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Terima kasih juga kepada Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) yang sudi memberi bantuan dan sokongan emosi," katanya kepada mStar Online.

Haqiem ditemui pada majlis pelancaran Program Solidariti Untuk Penyakit Mental anjuran Miasa.

Sementara itu, Haqiem turut mendedahkan terlalu kerap melayari laman sosial menyebabkan dia mengalami tekanan.

Haqiem Rusli (tengah) dan Erra Fazira (kiri sekali) bersama Presiden Miasa, Anita Abu Bakar (dua dari kiri), timbalan presiden Miasa, Mohd Noor Deros (dua dari kanan) dan Penasihat Miasa, Dr Hazli Zakaria (kanan sekali).

Ujarnya, hal ini terjadi disebabkan dia membuat carian namanya sendiri di aplikasi Twitter dan terbaca komen-komen negatif pengguna laman tersebut.

"Saya dahulu suka search nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Salah saya, ambil serius komen mereka!

"Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Haqiem Rusli , MIASA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan