Fara Fauzana nak 'buat keluarga'! Sudah berpunya ke? - Zoom | mStar

Fara Fauzana nak 'buat keluarga'! Sudah berpunya ke?

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERSONALITI radio dan televisyen, Fara Fauzana gembira apabila kembali bergabung kreativiti menerusi program bual bicara secara dalam talian bersama Faizal Ismail.

Fara atau mesra disapa Fafau berkata, program tersebut sedikit sebanyak mengubat rindu akan kenangan semasa mereka sama-sama menjadi penyampai di stesen radio Hot FM.

“Kami sudah kenal hati budi masing-masing, jadi tiada masalah untuk mengacarkan program ini. Bezanya platform yang digunakan ialah menerusi media sosial.

“Ramai menyangka program ini adalah program radio namun ia sememangnya berbeza. Paling menarik kami mempunyai waktu siaran yang fleksibel, katanya kepada mStar Online.

Tags / Kata Kunci: fara fauzana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan