Mengapa Khai Bahar tak minat cari kekasih? - Zoom | mStar

Mengapa Khai Bahar tak minat cari kekasih?

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2018 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Khai Bahar berkongsi beberapa perkara mengenai dirinya termasuklah soal cinta.

Khai memberitahu dia mahukan seorang wanita yang penyayang, bersopan santun, menghormati ibu bapa dan seorang pendengar yang baik.

"Kekasih rasanya tak cari, saya nak cari calon isteri terus," katanya kepada mStar Online.

Khai Bahar.

Selain itu, Khai turut menyenaraikan beberapa sikap manusia yang kurang disenangi olehnya.

Antaranya suka marah-marah, penipu dan ego.

Ditanya mengenai lokasi percutian pilihan, Khai memberitahu dia tidak suka tempat yang terlalu sejuk.

"Saya lebih suka bercuti di pantai, tempat-tempat yang ada air macam kolam," katanya.

Dalam temubual yang sama, Khai turut memberitahu dia sering 'stalk' laman Instagram peminatnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Tags / Kata Kunci: Khai Bahar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan