“Saya tak kuat, tengok pintu HUKM pun menangis” - Linda Rafar - Zoom | mStar

“Saya tak kuat, tengok pintu HUKM pun menangis” - Linda Rafar

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar berkata dia bakal menghasilkan sebuah filem bagi menceritakan pengalamannya bersama arwah anaknya iaitu Memen atau Rezaimen Keiflin Keifli yang meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Namun Linda atau Azlinda Rafar, ketika ditemui pada majlis Riang Ria Raya Ryanees mengakui dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

“Kalau boleh memang nak hasilkan filem berkaitan Memen, saya nak kongsikan dengan penonton mengenai perasaan seorang ibu yang kematian anak.

“Namun saya tidak kuat, sehingga sekarang saya akan menangis jika melihat pintu masuk Hospital Kuala Lumpur, namun saya anggap ia cabaran untuk menyiapkan filem ini,” katanya kepada mStar Online.

Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

Tags / Kata Kunci: linda rafar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan