"Nak kutuk, hina pun tak apa" - Haqiem Rusli jawab isu 'kaki gimik' - Zoom | mStar

"Nak kutuk, hina pun tak apa" - Haqiem Rusli jawab isu 'kaki gimik'

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI muda Haqiem Rusli menyangkal dakwaan keputusannya untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi adalah sekadar gimik bagi mempromosikan lagu terbarunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli sebelum ini berkata dia bakal berhenti daripada bidang nyanyian.

“Tak perlu gimik, demo lagu itu sudah ditonton lebih sejuta di YouTube.

“Namun saya tidak kesah kerana orang tetap akan bercakap tentang saya dan saya tidak akan balas kata-kata mereka,” katanya kepada mStar Online.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: haqiem rusli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan